HANGAT DIPASARAN HANDPHONE ALQURAN MENGANDUNGI 30 JUZUK 7 QARI
TEKS ALQURAN BOLEH DILIHAT MENDAPAT SIJIL KELULUSAN DARI KKDN MALAYSIA SERTA 30 BUAH KITAB TAFSIR,HADITH DLL SESUAI UNTUK P&P DAN RUJUKAN MUDAH ALIH KLIK DISINI UNTUK MELIHAT SIJIL
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 2010 AZAM BARU TEKAD BARU . Kem solat akan bermula tidak lama lagi untuk sesi 2010 . Tarikh dan jadual akan dimaklumkan. Tunggu ya...
Al-Quran ialah Kitabullah yang terakhir yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Al-Quran merupakan senjata yang paling mujarab yang melimpah ruah, mata air yang tidak mungkin kering, di dalamnya penuh dengan nur hidayah rahmat dan zikir.
Al-Quran diturunkan untuk mengajar manusia tentang pengesaannya kepada Allah (tauhid). Konsep ibadat yang jelas dan menyeluruh agar manusia sentiasa mendapat bekalan yang baru dan segar. Mengajak manusia berfikir tentang ciptaan, pengawasan dan penjagaan yang ditadbirkan oleh yang Maha Agong agar dapat mengenal sifat-sifatNya yang Unggul.
Nabi Muhammad s.a.w. (bahasa Arab: محمد) adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad merupakan satu rahmat kepada manusia sekalian alam. Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai pemimpin, ketua tentera dan juga sebagai pendamai. Nabi Muhammad dilahirkan di Makkah, Arab Saudi dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Walaupun diketahui bahawa Muhammad merupakan rasul dan nabi terakhir bagi umat manusia oleh orang Islam, tetapi orang-orang Yahudi dan Kristian enggan mengiktiraf Muhammad sebagai nabi dan rasul. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam setelah Nabi Musa dan Nabi Isa.
Surah Al-Anbiya, ayat 107 bermaksud:
"Dan tidak kami (Allah) utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam."
DALAM menempuh kehidupan seharian, kita tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan. Pelbagai faktor boleh dikaitkan dalam melakukan kesilapan, mungkin kerana lupa, terlepas pandang, tidak disengajakan atau tidak mendapat maklumat yang cukup.
Oleh itu, amalan nasihat menasihati dalam kehidupan merupakan salah satu cara untuk mewujudkan keharmonian hidup
TAHNIAH KEPADA ADIK ARASH ZULKARNAIN,FITRI,NURFADLIANA DAN ANIS SUZARINA KERANA BERJAYA MENJADI JOHAN DALAM PERTANDINGAN KUIZ MTQ 2010 YANG DIADAKAN DI SK PETANI JAYA. SEMOGA MENJADI PENDORONG KPADA MURID LAIN UNTUK SAMA-SAMA BERJAYA DALAM PELBAGAI AKTIVITI YANG AKAN DIADAKAN.
Tanda kelima yang perlu diperhatikan ialah “Perasaan TAKUT GAGAL lebih besar daripada KEINGINAN untuk BERJAYA.” Jika anda mahu lakukan sesuatu yang baru, yang mana lebih mendorong kelakuan anda, potensi untuk gagal dan kecewa atau potensi untuk berseronok apabila sudah berjaya?
Saya berikan contoh. Jika anda seorang pelajar, hari ini anda terlintas di hati untuk jadi seorang pelajar terbaik dan skor A dalam semua subjek yang anda ambil. Yang mana lebih mempengaruhi anda, potensi untuk berjaya dan merasa bangga atau potensi untuk gagal dan kecewa akibat tidak berjaya mencapai matlamat tersebut?
Jika anda sedang bekerja dan bercita-cita mahu memulakan perniagaan, yang mana lebih mempengaruhi anda, kemungkinan untuk berjaya, kaya, hidup senang dan bebas atau kemungkinan gagal, muflis dan malu dan diketawakan sahabat handai dan saudara mara?
Ada satu pendapat besar dalam kajian psikologi yang mengatakan bahawa motivasi manusia terbina sama ada daripada keinginan untuk mencapai sesuatu yang menyeronokkan dan menggembirakan(moving towards pleasure) atau keinginan untuk lari daripada sesuatu yang menyakitkan (moving away from pain).
Menurut pemerhatian dan pembacaan saya, orang-orang yang berjaya mengeluarkan potensi diri mereka begitu fokus kepada sesuatu yang bakal menggembirakan mereka. Maksudnya, jika mereka mahu capai sesuatu, minda mereka akan sentiasa fokus kepada gambaran di mana mereka gembira dan seronok kerana telah mencapai matlamat tersebut. Walaupun mereka sedang gagal dan belum mencapai matlamat tersebut, mereka tidak berganjak dan tidak berputus asa dengan keputusan untuk mencapai matlamat tadi. Hasilnya, mereka mampu keluarkan semua bakat dan potensi yang terpendam di dalam diri mereka.
Berbeza dengan orang kurang berjaya. Mereka mudah ditakutkan dengan kegagalan. Mereka gagal sekali dua, terus mereka kata mereka tidak berbakat. Terus mereka kata dunia ini tidak adil. Terus mereka seolah-olah menyalahkan takdir kerana mereka lahir kurang berbakat dan berkebolehan seperti orang lain.
Hakikatnya, mereka belum cukup mencuba dan belum cukup menempuh kegagalan. Orang berjaya juga gagal tetapi mereka tidak pandang itu semua sebagai kegagalan. Mereka faham bahawa gagal itu adalah satu proses pembelajaran, sama seperti kita selalu jatuh semasa mula-mula belajar berjalan dulu.
Jadi hari ini apa kata kita kaji tentang diri kita. Apabila hendak melakukan sesuatu yang bakal merubah hidup kita )ke arah kebaikan) adakah kita lebih mudah ditakutkan dengan kegagalan atau kita lebih mudah teruja dengan kemungkinan untuk mencapai kejayaan? Jika kita lebih mudah mudah ditakutkan dengan kegagalan, besar kemungkinan segala bakat yang terpendam di dalam diri kita akan kekal terpendam buat selama-lamanya.
Posted by Osman Affan
1. IKHLAS NIAT
Kewajipan ke atas setiap muslim di dalam memastikan niat ketika menuntut ilmu ikhlas kerana Allah dan bukannya untuk mencari habuan dunia yang sementara kerana Rasulullah S.A.W pernah memberi amaran yang mana Allah akan menyediakan tempat di dalam neraka bagi mereka yang menuntut ilmu untuk kesenangan dunia semata-mata tanpa memikirkan maslahat Islam dan ummatnya. Memang agak susah untuk ikhlas di dalam belajar tetapi kita mesti terus berusaha ke arahnya. Kita yang berada dalam sistem sekular yang mementingkan material menyebabkan kita terlupa bahawa ilmu yang dipelajari bukan untuk mendapatkan tempat dan kedudukan serta kerja tetapi adalah untuk menjauhkan kita daripada kejahilan yang mana dengan ini mampu menjadi perisai diri di dalam melawan arus kesesatan dan seterusnya membawa perubahan kepada keislaman. Jadikanlah diri kita sebagaimana padi yang mana semakin semakin berisi semakin tunduk ke bumi kerana rendah diri. Jangan jadi sebagaimana lalang yang tinggi semakin mendongak ke langit kerana sombong. Ingatlah bahawa orang yang benar ikhlas dalam menuntut ilmu sahaja yang mampu memiliki sifat terpuji termasuk merendah diri. Maksud firman Allah dalam ayat 235 surah al-Baqarah :.........Dan ketahuilah bahawa Allah mengetahui apa yang tersemat dalam hatimu maka takutlah kepadaNya dan ketahuilah bahawa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Ingatlah bahawa setiap orang akan binasa melainkan orang yang berilmu, setiap orang yang berilmu akan binasa melainkan orang yang beramal dan setiap orang yang beramal akan binasa melainkan orang yang benar-benar ikhlas.
Perhatian kepada semua warga pendidik. Tolong sampaikan kepada pelajar-pelajar kalian supaya berhati-hati ketika membeli kasut atau selipar. Jangan beli ikut dan je... Nampak lawa sikit, branded, maka beli. Tengok dulu apa yang tertulis dan terlukis padanya.
Lihat gambar selipar di atas. Walaupun ia sebenarnya logo buaya, tetapi apabila dilihat dari arah yang bertentangan, ia membentuk tulisan alif lam lam ha, siap dengan sabdunya lagi. Nak kelirukan orang, alif dan lam pertama itu dikembarkan.
Patutnya pihak berkuasa dalam bidang berkenaan kena ambil tindakan segera.
Selipar ini kami temui dalam program KBS untuk murid2 tahun 4 dan 5 minggu lalu. Berbelas-belas orang pelajar memakai selipar jenama yang sama.
PELAJAR Terbaik Negeri Johor, (dua dari kiri) Syahirah Abdullah berkongsi kegembiraan bersama tiga rakannya pada Majlis Konvokesyen Darjah Khas 2008 di Sekolah Agama Sungai Tiram, Johor Bahru.
Anak seorang buruh membuktikan kemiskinan bukan penghalang untuk mencapai kejayaan apabila dipilih sebagai pelajar terbaik Sijil Darjah Khas negeri ini.
Syahirah Abdullah, 16, yang memperoleh 10A1 dalam Sijil Darjah Khas menerima anugerah itu pada Majlis Konvokesyen Darjah Khas 2008 di Sekolah Agama Sungai Tiram di sini hari ini.
Masalah ini, kini sedang ramai menjadi pembicaraan kaum Muslimin, dan bala’ dari perbuatan tersebut telah menimpa mereka, mulai dari anak-anak hingga orang tua. Kerana itu, wajib dijelaskan hukumnya menurut syariah Islam.
Islam telah menetapkan bahawa hubungan badan hanya boleh dilakukan antara seorang suami dengan isteri dan hamba yang dimilikinya (lihat QS al-Muminun [24]: 5-7). Selain itu, syara’ juga telah menetapkan batas-batas aurat yang harus dijaga kecuali di antara mereka. Bagi suami isteri, masing-masing diperbolehkan melihat seluruh bahagian tubuh pasangannya. Bahz ibn Hakîm telah meriwayatkan dari bapanya dari datuknya, telah berkata datuknya:
“Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah SAW, manakah bahagian aurat kami yang harus kami tutupi dan mana yang boleh kami biarkan?” lalu Rasulullah SAW bersabda kepadaku, “Jagalah auratmu, kecuali dari isterimu atau hamba sahaya perempuanmu.” (HR Abu Dawud).
Mesikupun demikian, Islam mengharamkan menceritakan aurat pasangannya dan perihal hubungan badan itu kepada orang lain. Dalam Hadits riwayat Muslim, Nabi saw bersabda:
Sesungguhnya manusia yang paling hina kedudukannya di sisi Allah pada Hari Kiamat ialah seseorang yang menyetubuhi isterinya dan isteri bersetubuh dengan suaminya, kemudian suami menyebarkan rahsia isterinya(HR Muslim dari Abi Said al-Khudri).[1]
Keharaman menceritakan tersebut termasuk keharaman suami yang mempunyai dua isteri atau lebih, yakni hubungan badan suami isteri dengan isteri satu disampaikan kepada isteri yang lain.
Berdasarkan nas-nas di atas, maka keharaman hukum menceritakan tersebut termasuk keharaman merakam adegan ranjang untuk disebarkan, agar dapat ditonton oleh orang lain. Dengan keras Nabi saw. menggambarkan mereka seperti syaitan:
“Tahukah apa perumpamaan seperti itu?” Kemudian beliau berkata, “Sesungguhnya perumpamaan hal tersebut adalah seperti syaitan wanita yang bertemu dengan syaitan lelaki di sebuah gang, kemudian syaitan lelaki tersebut menunaikan hajatnya (bersetubuh) dengan syaitan perempuan, sementara orang-orang melihat kepadanya.”(HR Abu Dawud).[2]
Adapun merakam adegan hubungan badan seperti itu untuk keperluan sendiri, termasuk perbuatan sia-sia dan tidak ada gunanya, yang sebaiknya ditinggalkan:
“Tanda dari baiknya keIslaman seseorang adalah meninggalkan sesuatu yang tidak bermanfaat baginya.” (Hr Ibn Majah)[1]
Lebih dari itu, jika hasil rakaman tersebut lalu disimpan, maka dapat menjadi wasilah yang membawa kepada perbuatan haram. Sebab, siapa yang dapat menjamin rakaman itu tidak jatuh kepada orang lain? Dalam hal ini, dapat diterapkan kaedah syara’:
اَلْوَسِيْلَةُ إِلَى الْحَرَامِ مُحَرَّمَةٌ
“Sarana yang dapat membawa kepada keharaman, maka hukumnya jelas-jelas diharamkan.”
Adapun hukum memberitakan dan memperbincangkan peristiwa seperti ini juga diharamkan, kerana termasuk menyebarkan perbuatan maksiat. Nabi saw. dengan tegas menyatakan:
Setiap umatku dimaafkan (dosanya) kecuali orang-orang menampak-nampakkannya dan sesungguhnya diantara bentuk menampak-nampakkan (dosa) adalah seorang hamba yang melakukan perbuatan pada waktu malam, sementara Allah telah menutupinya, kemudian pada waktu pagi dia berkata, “Wahai fulan, semalam aku telah melakukan ini dan itu.” Padahal pada malam harinya (dosanya) telah ditutupi oleh Rabb-nya. Ia pun bermalam dalam keadaan (dosanya) telah ditutupi oleh Rabb-nya dan di pagi harinya ia menyingkap apa yang telah ditutupi oleh Allah(Muttafaq ‘alayh).[3]
Kerana itu, hendaknya seorang Muslim menjaga lisannya dari membicarakan perbuatan maksiat seseorang seperti mereka (mujahirin), bukan untuk menutup aib mereka, tetapi agar tidak terlibat dalam menyebarkan perbuatan keji maksiat mereka di tengah-tengah orang Mukmin. Juga termasuk menjaga lisan dan fikiran dari perkara-perkara yang sia-sia, kecuali untuk menjelaskan hukumnya, agar umat tidak melakukan kemaksiatan serupa.
Kerana seluruh perbuatan di atas diharamkan, maka men-download, mengkopi dan menyebarkannya–meski yang disebarkan adalah madaniyyah (produk materi/bukan pemikiran), tetapi kerana madaniyyah ini terkait dengan hadharah kapitalis dan isinya diharamkan oleh Islam–jelas hukumnya haram.
Wallâhu a’lam. [Hafidz Abdurrahman ]
Catatan kaki: [1] Imam Ibn Majah, Sunan Ibn Majah, hadits no 3966. [1] Imam Muslim, Shahih Muslim, hadis no. 2597. [2] Imam Abu Dawud, Sunan Abi Dawud, hadis no. 1859. [3] Imam Bukhari, Shahih al-Bukhari, hadis no. 560; Imam Muslim, Shahih Muslim, hadis no. 5306.
Murid tertua meninggal dunia
GAMBAR menunjukkan Maruge belajar di sebuah sekolah rendah di Nairobi pada 2006.
NAIROBI - Seorang lelaki Kenya, Joseph Stephen Kimani Nganga Maruge yang dipercayai murid sekolah rendah paling tua di dunia meninggal dunia pada Jumaat lalu di rumahnya di sini.
Menurut cucu perempuannya, Ann Maruge, datuknya yang berusia 89 tahun itu meninggal dunia kerana penyakit kanser perut.
Dia mendaftar masuk ke sebuah sekolah rendah pada Januari 2004 lalu setelah kerajaan Kenya memutuskan untuk menyediakan perkhidmatan pendidikan rendah percuma kepada rakyatnya.
Guinness Book of World Records kemudian mengesahkan Maruge sebagai murid sekolah rendah tertua di dunia. - AP
SOLAT adalah satu perintah yang diwajibkan ke atas orang Islam setiap hari. Umat Islam dituntut melakukan ibadat itu menurut sebagaimana diperintahkan Rasulullah s.a.w, dari takbir, bacaan, perbuatan hingga ke akhir salamnya dengan penuh takwa.